E-Deko
DEKORASI DAN HIASAN DALAMAN
Pages
Sunday, 26 May 2013
8 Rahsia Hias Rumah Flat
Hendak menghias rumah flat (orang putih panggil apartment) memang mencabar sebab terpaksa berdepan dengan keluasan yang terhad. Tambahan pula, bagi penyewa rumah flat di bandar-bandar besar, tuan rumah sudah meletakkan macam-macam syarat. Sungguhpun bajet di kalangan pemilik atau penyewa rumah flat agak kecil, masih ada cara dan idea dekorasi yang sesuai. Nak tahu rahsianya?. Anda boleh cuba untuk menjadikan flat anda seperti di hias oleh seorang interior designer.
#1 Balance and harmony
Untuk dekorasi rumah flat anda, pentingkan keseimbangan dan keharmonian. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tetapi tidak bermaksud ia perlu serupa. Terlalu banyak yang serupa, hilanglah kreativiti anda.#2 Dekor rumah bukan bilik
Kerana keluasan terhad, hias rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, stail atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi anda. Cuba pilih warna dinding yang terang (bright and bold) untuk satu bilik. Gunakan warna yang sama pada bedding set dalam bilik yang satu lagi. Kemudian hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (masih warna yang sama).#3 Kualiti dan jenama
Anda tidak perlukan setiap sudut dihiasi dengan perabot dan aksesori oleh pereka terkenal. Harga dan jenama tidak begitu penting. Cuma elakkan daripada menempatkan benda yang murah bersama yang mahal. Ia hanya menampakkan lagi 'murahnya' barang tersebut.#4 Kurang lebih baik
Semakin anda kurangkannya, semakin lebih anda akan dapat. Apa maksudnya?. Pemilihan dan aturan perabot dan aksesori hiasan yang kelihatan kemas, simple, tidak kira berapa kosnya, akan nampak lebih bergaya dan mahal. Kerana ia berkait rapat dengan ciri hiasan dalaman moden yang elegan.#5 Mix and Match
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk IKEA hanya akan kelihatan 'keterlaluan'. Adun dan padankan apa jua yang ada. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasinya tampil lebih berkesan.#6 Kurangkan ukuran untuk lebih luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik anda kecil, anda perlukan perabot bersaiz kecil juga. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggantung lukisan atau artwork bersaiz besar untuk mencipta ilusi sebuah bilik yang luas. Namun anda tidak boleh gunakan trik yang sama ketika memilih perabot.#7 Masa adalah segalanya
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru anda, anda terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Sabar...kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui apa yang diinginkan. Yang mana akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk rumah flat anda. Atau anda terpaksa berbelanja lebih pada hari tersebut. Ambil masa sehingga anda jumpa yang benar-benar sesuai dengan citarasa dan kediaman anda.#8 Too funky is junky
Tidak salah dengan ciri funky. Warna yang striking, bentuk unik, selalu menarik pandangan. Ia akan jadi lambang citarasa anda dan mempunyai mesej yang tersendiri. Tetapi jangan over. Tonjolkan secara minima. Jika banyak sangat, jadi serabut atau semak. Contohnya, anda hanya perlu tempatkan salah satu koleksi pasu anda di ruang tamu. Bukan ke lebih unik?.Posisi Katil Di Bilik Tidur
Posisi katil di dalam bilik tidur penting dalam mempengaruhi keselesaan dan ciri-ciri praktikalnya sebagai tempat untuk berehat menghilangkan penat seharian. Memandangkan katil merupakan perabot yang terbesar dan terpenting untuk bilik tidur, anda perlu memikirkan di mana posisi yang dapat mewujudkan suasana yang tenang dan nyaman. Ketenteraman yang diperlukan untuk anda lebih cergas pada keesokan hari.
Anda perlu fikirkannya secara praktikal di mana lokasi yang lebih sesuai untuk menampakkan keseimbangan ruang. Selain dari kriteria Feng Shui, anda hanya perlu menggunakan common sense untuk menambah daya tarikan di samping keselesaan yang diinginkan.
- Tidak menghalang laluan. Secara logiknya, posisi yang dipilih tidak sepatutnya mengganggu laluan masuk ke bilik tidur, dan juga laluan di mana penghuni lalu lalang. Jika boleh, sebaiknya elakkan dari bersebelahan pintu sebab akan menampakkan keganjilan bagi keseimbangan bilik. Bila seseorang hendak masuk ke bilik tidur, ketika berdiri di muka pintu, selalunya dia inginkan suatu sudut yang membenarkannya memandang apa yang ada di dalam bilik tersebut. Jadi, sentiasa ingat tentang lokasi katil bila nak mengubah gaya susunan di bilik tidur anda.
- Jarak paling jauh dari pintu. Kalau anda berdiri di muka pintu, kenalpasti lokasi yang paling jauh dari anda. Lokasi tadi sepatutnya membolehkan anda melihat keseluruhan katil anda. Anda akan dapat mengawal keluasan bilik dengan cara ini. Secara tidak langsung, ruang anda bergerak tidak akan terhalang. Jika pintu berada di sebelah kiri, pilih lokasi yang paling kanan. Begitulah juga sebaliknya. Jika pintu berada di tengah. Anda boleh pilih di sudut paling kiri atau kanan.
- Kepala katil rapat ke dinding. Kebiasaannya, untuk nampak lebih solid dan struktur yang lebih terancang, rapatkan kepala katil atau headboard ke bahagian dinding solid (tiada tingkap di atasnya). Ia nampak agak ganjil jika jaraknya terlalu jauh dari dinding. Keseimbangan juga akan terjejas. Elakkan meletakkan kaki katil ke dinding. Jelas kelihatan out of order.
- Rapat di tengah dinding. Ia kelihatan lebih berstail dan menarik mata memandang namun jika luas lantai membenarkan. Bagi bilik tidur yang besar, letakkan kepala katil di tengah-tengah dinding yang paling luas. Seeloknya dinding yang kelihatan dominan jika dipandang dari arah pintu. Atau setidak-tidaknya, elakkan bahagian tepi katil merapati dinding sebelah kiri atau kanannya. Kedudukan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan anda, malahan dapat membantu anda mengatasi ruang kosong yang ada. Pembahagian ruang juga nampak lebih seimbang.
- Katil sebagai focal point. Itulah tujuan utama. Lokasinya sangat penting supaya seseorang mudah tertarik bila berjalan masuk ke dalam bilik tidur anda. Disebabkan saiznya besar, mempunyai stail tersendiri, katil selalu mendominasi bilik tidur dan amat sesuai dijadikan focal point. oint penting dalam dekorasi.
- Baring nampak pintu. Berdasarkan idea-idea di atas, pintu memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti lokasi katil. Kedudukan pintu akan menjadi panduan yang dapat membantu mendapatkan keselesaan, keseimbangan, dan daya tarikan bilik tidur anda. Satu cara yang mudah bagi memastikan apa yang anda lakukan benar-benar mencapai tujuannya, baring di atas katil secara menelentang. Anda sepatutnya boleh melihat pintu bilik tanpa gangguan atau halangan.
Psikologi Warna Dalam Hiasan Dalaman
Warna adalah komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah anda, secara semulajadinya, anda akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan anda. Warna juga telah terbukti menghasilkan respon secara fizikal. Jadi, pertimbangkanlah psikologi warna semasa anda merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah anda. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu anda memperoleh mood yang diingini.
BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.
KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.
HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.
MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari.
UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.
MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.
JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.
COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.
HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.
PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.
KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.

Saturday, 25 May 2013
Padankan TV LCD dengan tema dekorasi
Dulu plasma, kemudian LCD, dan sekarang LED. Memang sudah
menjadi trend pengeluar, rekabentuk televisyen sudah semakin nipis dan saiznya
semakin besar. Itulah yang dikatakan modenisasi dalam teknologi yang lebih
menekankan kepada fungsi produk yang dikeluarkan. Dari segi fizikalnya,
walaupun dengan saiz tv LCD yang besar, ia lebih ringan dan kurang memakan
ruang berbanding dengan tv dulu-dulu. Apatah lagi kualiti audio visualnya.
Kenapa Beli Perabot Jati?
Hai! Jumpa lagi. Setelah sekian lama menyepi, kali ini saya
ingin menyentuh tentang kecenderungan membeli dan memiliki perabot jati.
Seingat saya, bila bertandang ke rumah orang waktu kecil dahulu, tak pernah
tengok pun perabot jati. Tetapi sejak kebelakangan ini, sudah berlaku lambakan
di pasaran. Semakin ramai pengusaha mengimport dari negara luar terutama
Indonesia dan juga Thailand. Tidak kurang juga pengilang atau pengeluar
tempatan.
Idea Dekorasi Warna-Warni Di Paddington
'Speechless' aku melihat
kekreatifan pemilik rumah ini bermain dengan warna. Rumah dengan dekorasi hebat
ini terletak di Paddington,
Sydney.
Ada beberapa ilham dan inspirasi kreatif yang menarik perhatian aku.
o Kelebihan dinding hitam pada
bahagian dinding ruang tamu membolehkan pemilik meletakkan dekorasi-dekorasi
dinding yang berwarna terang dan menyerlahkan lagi dinding tersebut sebagai
sudut tumpuan, khususnya pada arca merah jambu tersebut.
o Lukisan mural pada dinding ruang
dapur itu sangat cantik. Pemilihan kerusi dengan warna hijau terang pada
kusyennya memang menaikkan suasana ceria apabila dipadankan dengan warna merah
dan oren pada ruang tersebut.
o Penggunaan gelas kaca pada sebahagian
bumbung bilik tidur memberikan lebih pencahayaan semulajadi untuk masuk melalui
bahagian atas, menjimatkan penggunaan lampu pada siling untuk tujuan
pencahayaan.
o Ruang kerja SOHO yang sangat ceria
dan tersusun kemas memberikan mood kerja yang sangat tinggi kepada pemilik.
Sekali lagi warna oren dan merah memainkan peranan dalam ruang berwarna putih.
o Elemen hijau tetap diterapkan di
balkoni luar rumah melalui pokok buluh renek.
o Penggunaan warna hitam pada muka
hadapan rumah memang menggamit perhatian ramai, apatah lagi dengan pintu rumah
berwarna merah yang pasti menjadikan rumah ini sebagai titik tumpu dalam barisan
rumah-rumah yang ada. Suka dengan cara meletakkan nombor rumah yang nampak
sangat moden gayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)